Privasi Polisi

Privasi Polisi

Laman Utama > Privasi Polisi

Privasi Polisi

Amway mengambil berat mengenai privasi dan keselamatan maklumat anda. Kami hanya mengumpul maklumat yang diperlukan untuk kredibiliti program, dan kami akan memprosesnya dengan integriti; kami hanya memerlukan jumlah maklumat peribadi yang minimum yang diperlukan untuk memenuhi tujuan program; kami tidak menjualnya kepada pihak ketiga; kami hanya menggunakannya untuk tujuan program, menganalisis dan mengesahkan ketepatan hasil yang dimuat naik oleh anda.

Penafian Umum

1. Program Pengurusan Berat Badan BodyKey bertujuan untuk membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan peribadi anda. Anda hendaklah sentiasa berunding dengan pakar perubatan anda sebelum memulakan sebarang bentuk program pengurusan berat badan melalui perubahan diet dan senaman. Program ini hanya bertujuan untuk individu dewasa yang sihat sahaja. Program ini bukan bertujuan untuk kegunaan individu bawah umur, wanita hamil atau individu yang mempunyai sebarang masalah kesihatan. Anda harus sentiasa berunding dengan pakar perubatan anda untuk penilaian kesihatan penuh bagi memastikan anda selamat untuk bersenam, mengubah pelan diet anda dan menjalani program pengurusan berat badan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan sedia ada sebelum ini ataupun sedang mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan, anda juga bertanggungjawab untuk berunding dengan pakar perubatan anda.

2. Dengan menyertai program ini, anda bersetuju dengan syarat tersebut dan anda memahami bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan anda dan pilihan yang anda buat semasa program ini. Semua kandungan dan maklumat yang disediakan oleh program Pengurusan Berat Badan BodyKey adalah bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Kandungan tersebut bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan yang diberikan.

3. Program Pengurusan Berat Badan BodyKey tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kesilapan, atau apa-apa ketinggalan yang menyebabkan kecederaan kepada orang atau harta benda akibat daripada perkhidmatan yang disediakan oleh pihak tersebut. Semua ahli dengan ini melepaskan Amway Malaysia dan Brunei daripada sebarang tuntutan bagi sebarang kerugian, kerosakan, atau kecederaan semasa menyertai program ini.

4. Kami tidak berjanji atau menjamin atau mengatakan bahawa anda (atau penggunaan maklumat, produk, dan perkhidmatan kami oleh anda akan mengurangkan berat badan anda, menambah baik tahap kecergasan anda, atau menambah baik kehidupan anda. Hasil program anda mungkin berbeza-beza bergantung pada banyak faktor, termasuk dan tidak terhad kepada kegigihan, motivasi, tahap usaha dan keupayaan fizikal individu. Anda tidak seharusnya melihat maklumat, produk, dan perkhidmatan sebagai bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan mengurangkan berat badan anda. Ini adalah alat yang kami sediakan untuk anda cuba mengurangkan berat badan dan menambah baik tahap kecergasan anda.

Bahasa Melayu