Syarat Penggunaan

Laman Utama > Syarat Penggunaan

1) Hak Harta Intelek

1.1 Pengajur adalah pemilik atau pemegang lesen semua hak harta intelek dan berkaitan dengan:
• laman web kami; dan
• bahan (termasuk semua logo, teks dan grafik) yang diterbitkan di laman web; dan
• perisian yang digunakan untuk mengendalikan laman web.
• Kerja ini dilindungi oleh hak cipta dan hak harta intelek lain di seluruh dunia. Semua hak tersebut adalah terpelihara.

2) Kandungan

2.1 Kandungan di laman web kami disediakan untuk maklumat umum sahaja. Kandungan ini tidak bertujuan untuk dirujuk sebagai nasihat yang harus anda harapkan. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil, atau menahan diri daripada, sebarang tindakan berdasarkan kandungan di laman web kami.

2.2 Walaupun kami melakukan usaha yang munasabah untuk mengemaskini maklumat di laman web kami, kami tidak membuat sebarang representasi, waranti atau jaminan, sama ada secara tersurat atau tersirat, bahawa kandungan di laman web kami adalah tepat, lengkap atau terkini.

3) Penafian Dan Liabiliti

3.1 Tiada apa-apa dalam Perjanjian ini boleh mengehadkan liabiliti kami bagi penipuan atau kematian atau kecederaan peribadi disebabkan oleh kecuaian kami atau berkaitan dengan sebarang liabiliti lain yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang.

3.2 Tertakluk kepada klausa 3.1 dan selain daripada yang dinyatakan dalam klausa 3 atau Terma Jualan, semua terma tersirat, syarat atau waranti adalah dengan ini terkecuali sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang.

3.3 Sementara kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan ketersediaan dan ketepatan laman web kami dan apa-apa kandungan, kami tidak menjamin bahawa ketersediaan laman kami tidak akan terganggu atau aplikasi itu dan apa-apa bahan boleh diakses melalui laman web akan bebas ralat atau ketinggalan.

3.4 Kami tidak menerima sebarang tanggungjawab terhadap sebarang penggunaan laman web dan kami tidak akan bertanggungjawab:
      (i) dalam sebarang keadaan untuk apa-apa kerugian keuntungan, kerugian jualan atau pendapatan, kehilangan atau kerosakan nama baik, kehilangan pelanggan, kerugian berhubung tuntutan pihak ketiga, atau apa-apa kerugian tidak langsung, khusus atau berbangkit (walaupun jika pihak berkenaan telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian berkenaan);
      (ii) terhadap sebarang kegagalan, gangguan, kelewatan atau apa-apa perkara yang serupa yang timbul di luar kawalan munasabah kami ; dan/atau
      (iii) terhadap sebarang kerugian lain yang dialami sepenuhnya berkaitan dengan penggunaan laman web kami atau sebarang kandungan yang kami mungkin kecualikan atau hadkan liabiliti tersebut di bawah undang-undang berkenaan. 

4) Variasi

4.1 Kami boleh mengubah terma Perjanjian pada bila-bila masa dengan meminda halaman ini. Anda diharapkan agar menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengambil perhatian terhadap sebarang perubahan yang kami lakukan, kerana terma ini mengikat anda. Beberapa peruntukan yang terkandung dalam terma dan syarat ini boleh juga digantikan oleh peruntukan atau notis yang dterbitkan di tempat lain di laman web kami.

5) Lain-lain

5.1 Jika kami gagal, pada bila-bila masa, untuk mendesak pelaksanaan ketat sebarang kewajipan anda di bawah mana-mana terma Perjanjian, atau jika kami gagal menguatkuasakan mana-mana hak atau remedi yang kami berhak di bawah Perjanjian, ini tidak akan membentuk penepian hak atau remedi dan tidak akan melepaskan anda daripada pematuhan kewajipan tersebut.

5.2 Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas anda bagi sebarang pelanggaran Perjanjian yang berlaku akibat sebarang keadaan yang kami tidak boleh diharapkan secara munasabah untuk mengawalnya.

5.3 Tiada terma Perjanjian boeh dikuatkuasakan di bawah Kontrak.

6) Undang-Undang

6.1 Perjanjian ditadbir oleh undang-undang tempatan. Anda bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah tempatan dengan syarat tiada apa-apa dalam klausa ini akan menghalang kami daripada mengambil sebarang tindakan di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas anda.

Bahasa Melayu